Sekadar ingin berkongsi fakta tentang emas
kegemaran kita.
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia
mula menemui emas.
zaman Rasullullah saw, nilai seekor
kambing adalah 1 dinar, zaman kerajaan melayu melaka pun seekor kambing
bersamaan 1 dinar, sekarang pun harga kambing tetap 1 dinar. Tgk la betapa
kebalnya Dinar emas terhadap inflasi.
2. Emas adalah salah satu
unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah
79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak
zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5.
Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan
aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan
padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas
adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning
berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
Tidak hairanlah kalau emas boleh disimpan sehingga beribu tahun
Tanpa hilang atau susut nilai. Tidak seperti logam lain yang tidak stabil dan
mudah teroksida (berkarat).
10. Emas digunakan sebagai logam untuk
matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan
individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol
samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton
(161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan
beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal
angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang
lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan
secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan
penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti
perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala
digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif,
stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas
satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain
seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid
Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan
ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan
sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika
Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah
manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2
kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu
kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300
kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa
sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh
dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan
dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical),
suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan
didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26.
Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang
baik, logam ini digunakan sebagai lapisan
pelindung pada satelit buatan
manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen
hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan
mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat
tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas
adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning
metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak
berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan
bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital
atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi
bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan
dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver
(perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk
semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah
paling
stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di
seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara
sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan
seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini,
pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas
dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah
tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang
terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan
masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan
tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard
emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia
digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara
terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas
menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas
adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida
(AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan
manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu
toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug
yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen
adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan
logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam
aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai
24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga
1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan
tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya
biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan
oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan
South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen
didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan
ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K
(1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173
°F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam
rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid
(nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang
dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat).
Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada
seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan
penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop
elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan
oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan
warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid
perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang
lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi
kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak
dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak
boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu
ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas
diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan.
Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas
terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada
kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak
terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas
diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit
menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi
Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.