SELAMAT DATANG
SALAM PERSAUDARAAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI
Isnin, 29 November 2010
Peluang miliki rumah dengan hanya RM500
Tadi lalu kat kawasan komuter Bangi. Banyak projek perumahan sedang rancak dijalankan. Singgah di pejabat pemaju, MCT. Terdapat kekosongan bagi yang berminat untuk membeli apartment. hanya bayar RM500, prosess loan, kalau lepas, rumah jadi hak milik kita. Dijangka siap pada hujung tahun 2012. Harga rasanya dalam RM170K (870 meter persegi). Berpotensi tinggi untuk disewakan sebab dekat dengan komuter, UKM. Maklumat lanjut, boleh hubungi no yang tertera pada gambar di bawah. Saya cuma berkongsi info...^_^
Ahad, 28 November 2010
Kekosongan jawatan di TNB
Program Eksekutif Pelatih & Eksekutif Teknik. Selamat mencuba..!!
Keterangan lanjut sila rujuk pautan di bawah.
Tarikh tutup: 5 Disember 2010
Kekosongan Jawatan di TNB- Program Eksekutif Pelatih & Eksekutif Teknik
Keterangan lanjut sila rujuk pautan di bawah.
Tarikh tutup: 5 Disember 2010
Kekosongan Jawatan di TNB- Program Eksekutif Pelatih & Eksekutif Teknik
Stevia: Pemanis semulajadi
Kunjungan ke MAHA telah menemukan produk dari pokok Stevia, alternatif kepada gula putih yang merbahaya kepada kesihatan. Sangat sesuai kepada mereka yang mengidap diabetes, kurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan makanan berlemak dan manis serta kurangkan risiko karies gigi. Mula-mula jumpa company yang jual macam dalam botol ubat tu. Harga RM38..!! Kecil je botolnya.. Then jumpa pulak yang macam dalam gambar di bawah, harga MAHA RM13 (biasa RM15.90). Harap-harap sikit masa lagi bila dah banyak company yang jual stevia ni, harga akan drop.
MAHA 2010
Hari ini berkesempatan ke MAHA 2010. Tempat yang sungguh luas dan perlukan masa untuk membolehkan semua tempat dilawati. Bagi yang ingin pergi, eloklah pergi awal pagi. bawa apa yang patut seperti topi, payung, botol air dsb. Agrobazar di bangunan D menempatkan pelbagai produk yang boleh dicuba. Memang kenyang kat situ. Pamerannya juga menarik. Untuk gambar-gambar, boleh tengok di FB saya. Jom kita...
Jumaat, 26 November 2010
Ejawi Transliterasi
ساتو اڤليکاسي يڠ مناريق کڤد مريک يڠ ايڠين مڽوبورکن بودايا توليسن جاوي يڠ سماکين لوڤوت دتلن زمان . برسام سام کيت ممرتابتکنڽ کمبالي
http://www.ejawi.net/v3/index.php
http://www.ejawi.net/v3/index.php
Istilah perubatan yang mungkin biasa kita dengar
Kita sering terjumpa istilah-istilah displin perubatan yang tidak difahami di klinik-klinik atau hospital. Berikut disediakan panduan mengenai displin perubatan dan keterangannya.
NO | DISPLIN | KETERANGAN |
1 | Anesthesiology | Bius |
2 | Cardio-Thoracic Surgery | Pembedahan Jantung dan Dada |
3 | Cardiology | Jantung |
4 | Dental | Pergigian |
5 | Dermatology | Kulit |
6 | Endokrinology | Kelenjar Endokrin dan Rembesan Hati |
7 | Gastroenterology | Perut dan Usus |
8 | Geriatric | Warga Emas |
9 | Gynaecology | Sakit Puan |
10 | Hand and Micro Surgery | Pembedahan Tangan dan Mikro |
11 | Hematology | Penyakit Darah |
12 | Hepatobiliary | Hati dan Salur Hempedu |
13 | Hepatology | Hati |
14 | Nephrology | Buah Pinggang |
15 | Neuro-surgery | Pembedahan Saraf |
16 | Neurology | Otak dan Saraf |
17 | Obstetric | Perbidanan |
18 | Obstetric and Ginekology | Perbidanan dan Sakit Puan |
19 | Oncology | Kanser |
20 | Ophthalmology | Mata |
21 | Orthopaedic | Tulang |
22 | Otolaryngology (ENT) | Hidung, Telinga dan Kerongkong |
23 | Pediatric | Kanak-kanak |
24 | Respiratory | Pernafasan |
25 | Plastic Surgery and Reconstructive | Pembedahan Plastik |
26 | Physiatric | Sakit Jiwa |
27 | Radiology | Pengimejan Dianostik |
28 | Radiotherapy | Terapi Sinar |
29 | Radiotherapy and Oncology | Terapi Sinar dan Kanser |
30 | Rehabilitation | Pemulihan |
31 | Rheumatology | Sendi |
32 | Urology | Pundi Kencing |
33 | Vascular Surgery | Pembedahan Salur Darah |
Bilik untuk disewa di Sungai Ramal Luar
Kepada mereka yang memerlukan bilik untuk disewa, mungkin boleh risik-risik rumah saya di pangsapuri Suasana Idaman, Sungai Merab Luar, Bangi. Kalau dari UNITEN, terus ke depan, akan lalu Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, terus lagi sampai jumpa Petronas sebelah kanan. Ikut susur ke kanan di bawah flyover. Terus dalam 500m, akan berjumpa satu blok apartment. Parking takda masalah. Suasana tenang, macam kat kampung dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Lif yang hanya ke tingkat bawah, 3 dan 4 ( rumah di tingkat 4, paling hampir dengan lif). Kawalan keselamatan 24 jam. Bilik lengkap dengan perabot. Maklumat lanjut, boleh email. TQ
Bilik lengkap dengan perabot asas |
Ruang tamu |
Tangga naik ke tingkat atas |
Balkoni mengadap bukit |
Lahirnya sebuah blog...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Permulaan pagi dengan pelancaran blog sebagai wadah perkongsian maklumat, hebahan, ruang dan peluang berinteraksi dan bertukar sebarang maklumat untuk manfaat kita bersama. Terima kasih di atas kunjungan anda...SahabatSejati...^_^
Langgan:
Catatan (Atom)