SELAMAT DATANG

SALAM PERSAUDARAAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Sabtu, 23 April 2011

KELEBIHAN EMAS BERBANDING WANG FIAT

Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas iaitu dikenali dengan sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai medium pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit. Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas. Statistik daripada bank Penyelesaian Antarabangsa (bank of International Settlement) menunjukkan hampir 80% daripada perdagangan antarabangsa menggunakan US Dollar sebagai medium pertukaran (1998). Pergantungan kepada USD memberikan sistem kapitalis lebih kelebihan di dalam semua situasi ekonomi. Jika sistem dinar Islam berjaya dilaksanakan, penguasaan Bank Dunia dan IMF akan turut terjejas. Sudah pasti dunia Barat akan menentang hasrat Malaysia dengan seluruh kekuasaan yang mereka miliki. Walaupun demikian Malaysia mempunyai sebab tersendiri untuk melaksanakan sistem dinar Islam kerana ia memelihara keadaan ekonomi Muslim dan aktivitinya.

Hari ini, isu dinar emas kembali dibincangkan apabila dunia pada hari ini berhadapan dengan krisis kemerosotan ekonomi global bermula akhir tahun 2008. Masyarakat dunia hari ini mula mengakui keburukan sistem mata wang yang bersandarkan kepada dolar Amerika Syarikat, di mana masyarakat hari ini masing-masing dapat merasakan tempias kemelesetan ekonomi dunia kesan daripada kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan daripada pakar ekonomi dunia dalam menggunakan kembali sistem piawaian emas dan sistem Bretton Woods yang pernah diamalkan sebelum ini. Ini menunjukkan sistem mata wang yang berasaskan emas lebih stabil dan lebih adil.

KERELEVENANNYA PENGGUNAAN DINAR EMAS


1] MATA WANG BERBENTUK KOMODITI-;
Mata wang emas merupakan satu mata wang yang komoditi yang berfaedah dan dihargai orang ramai kerana ia boleh digunakan untuk tujuan penggunaan atau perhiasan. Ia juga diiktiraf oleh ahli arkeologi sebagai simpanan kekal yang berharga sepanjang zaman. Oleh itu, wang emas dikatakan mampu memenuhi pelbagai keinginan dan keperluan yang begitu meluas dalam kalangan manusia.

2] MEMPUNYAI NILAI BENAR DAN TETAP-;
Mata wang emas atau mata wang token mempunyai nilai benar yang diakui oleh manusia. Kepingan-kepingan emas dan perak sukar dipalsukan kerana beberapa keistimewaan yang wujud pada kedua-dua logam tersebut seperti warna, dengung bunyi dan kekerasannya.Selain itu, ia juga mempunyai nilai intrinsik yang akan kekal nilainya pada setiap masa dan tempat digunakan. Emas juga dikatakan mempunyai kilauan kilat yang istimewa dimana ia tidak boleh dihilangkan walaupun diuji dengan asid yang kuat.
3] BEBAS DARIPADA INFLASI-;
Mata wang Islam (wang emas) merupakan barang dagangan yang tidak boleh di"gelembung"kan. Harga emas juga boleh turun dan naik seperti barang dagangan yang lain. Walau bagaimanapun, turun naik nilainya tidaklah terlalu terlampau ketara dan biasanya kurang daripada lain-lain barang dagangan.Wang sebenar iaitu wang yang tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan inflasi.Inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan disebuah Negara dalam tempoh tertentu. Mata wang kertas merupakan wang palsu,kerana ia idak mampu menahan inflasi.berdasarkan sejarah,adalah mustahil matawang kertas mampu menyelesaikan masalah inflasi dalam tempoh yang singkat.

4] MENCEGAH SPEKULASI-;

Mata wang Islam (wang emas) dapat mencegah daripada berlakunya spekulasi kerana berdasarkan kemantapan dan keteguhan harga berbanding dengan mata wang atau logam lain. Emas berbeza dengan mata wang lain kerana ia tidak boleh dihasilkan dengan sesuka hati yang boleh menyebabkan berlaku lebihan wang ataupun inflasi.Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia. Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam, hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa. Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

5] WUJUD KEBEBASAN PERTUKARAN EMAS-;
Apabila Negara-negara di dunia menggunakan mata wang emas ,ini akan mengakibatkan kebebasan pertukaran emas,samada mengimport atau mengeksportnya.Keadaan ini membolehkan aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negara yang mana boleh mempengaruhi harga barang dan gaji pekerja.Oleh itu,tidak wujud lagi turun naik harga yang keterlaluan,sekaligus akan menghapuskan inflasi.Negara-negara akan berdagang bebas dan mampu mengembangkan perdagangan dengan baik tanpa ada unsure gharar,spekulasi dan manipulasi matawang.Negara yang tidak mempunyai simpanan emas yang banyak boleh membuat pertukaran (barter) hasil kekayaan negara masing- masing untuk mendapatkan barangan yang diperlukan.

6] PERTUKARAN MATA WANG ANTARA NEGARA AKAN STABIL-;
Pertukaran matawang antara Negara menjadi stabil kerana tetapnya nilai emas.Ini menyebabkan meningkatnya perdagangan antarabangsa.Saudagar antarabangsa tidak takut bersaing kerana kegiatan matawang adalah tetap dan mereka tidak bimbang dalam mengembangkan perdagangan15. Ini kerana nilai emas yang tetap. Sejarah piawaian emas telah membuktikan kestabilan pertukaran antara negara telah wujud lebih satu kurun iaitu sebelum Perang Dunia Pertama.Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dollar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya. Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan. Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya. Semasa Perang Vietnam 1969-1975,Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

7] PERCETAKAN WANG KERTAS AKAN TERHAD-;

Dalam sistem mata wang yang bersandarkan kepada emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mungkin memperluaskan peredaran wang kertas kerana secara umumnya wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu.Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. Oleh yang demikian,menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.

8] PIAWAIAN MATA WANG DUNIA HANYA BERSANDARKAN NILAI EMAS-;
Apabila setiap mata wang yang digunakan di dunia dibatasi dengan piawaian tertentu berupa emas, maka ketika itu pengiriman barang dan hasil kekayaan dari sebuah negara ke negara lain menjadi lebih mudah.Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan.Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.Semua bentuk aset kertas contohnya bon,saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.


9] MENYUMBANG KEPADA PERPADUAN DAN KESATUAN UMAT ISLAM-;

Mata wang emas akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia kerana nilainya yang sama. Satu dinar di Kuala Lumpur akan sama dengan satu dinar di Istanbul. Tidak akan ada lagi berdozen- dozen matawang kertas yang menyekat perdagangan.Penggunaan matawang dwilogam ialah penggunaan matawang yang sihat.Emas dan perak menawarkan kestabilan,ketertiban,kebebasan dan kemerdekaan daripada manipulasi politik dan ekonomi.Matawang emas akan menyatupadukan dunia. Perdagangaan menggunakan matawang emas telah menggalakan pembahagian buruh diseluruh dunia dan balasannya ialah suasana kerajaan hidup akan bertambah baik. Matawang emas adalah alat untuk menyatupadukan umat islam didunia dan ia merupakan permulaan kepada perdagangan mengikut lunas-lunas dan syariat Islam.

10] BEBAS DARIPADA UNSUR RIBA-;
Dinar dan Dirham merupakan dua mata wang yang yang digunakan pada zaman Rasulullah SAW. Penggunaan emas dan perak amat penting dan Rasulullah SAW meninginkan setiap barang dinilai dengan wang sama ada emas ataupun perak. Kedua-dua logam ini menjadi piawaian harga dan pengukur nilai serta dapat mengelakan kedua-dua barangan tersebut menjadi barangan dagangan (komoditi). Islam telah menegaskan bahawa wang tidak boleh dijadikan komoditi yang boleh diniagakan kerana ia boleh menjadikannya riba al-fadl. Mata wang tidak boleh dijadikan komoditi iaitu tiada konsep membuat untung dalam amalan pertukaran mata wang.Mata wang emas dan perak bebas daripada riba kerana ia termasuk dalam barangan "ribawiyyah" dan riba hanya boleh berlaku dalam urusan jual beli (bagi emas dan perak) dan pinjaman (bagi semua jenis barangan).
11] TIADA UNSUR "GHARAR",SPEKULASI,PERJUDIAN DAN MANIPULASI MATA WANG-;
Dalam sistem mata wang Islam, unsur-unsur gharar,spekulasi, perjudian, dan manipulasi mata wang tidak akan wujud sama sekali kerana nilai yang bersandarkan kepada emas adalah tetap. Penetapan nilai emas akan memelihara kadar pertukaran yang tidak akan turun naik melebihi 1% dan sekaligus akan menutup ruang kepada pihak lain untuk menguasai ekonomi dunia.
12] BERFUNGSI SEBAGAI ALAT PERANTARAAN PERTUKARAN-;
Islam telah menegaskan bahawa wang tidak boleh dijadikan komoditi yang boleh diniagakan kerana ia akan menjadikannya sebagai riba` al- fadl. Penerimaan umum tentang peranan wang ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan berlakunya ketidakadilan dan penindasan dalam ekonomi tukar barang.Oleh kerana ketidakadilan ekonomi tukar barang boleh digolongkan sebagai riba` al- fadl, Peranan wang sebagai alat pertukaran adalah wajar. Jadi dalam Islam wang tidak menghasilkan apa-apa kerana kadar bunga atas pinjaman wang tersebut adalah dilarang.