SELAMAT DATANG

SALAM PERSAUDARAAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Sabtu, 12 November 2011

Panduan asas membeli rumah

Pendahuluan: Membeli atau menyewa? Jika seseorang atau pasangan diberi pilihan diantara membeli atau menyewa, sudah pasti jawapannya adalah membeli. Jawapan ini berdasarkan prinsip jika menyewa, rumah tersebut bukan menjadi milik anda! Jika berkemampuan, pastinya anda akan mencari lokasi kediaman yang sesuai sebelum membelinya.

Ruangan ini memberikan sedikit panduan kewangan dan bukan kewangan kepada anda mengenai beberapa pertimbangan rasional yang boleh dilaksanakan untuk memiliki rumah.

Panduan Kewagan
·Pertimbangan pertama yang perlu anda lakukan ialah pembiayaan yang perlu dibelanjakan untuk memiliki rumah. Bertanyalah kepada diri anda adakah anda berkemampuan untuk membayar wang pendahuluan dan bayaran bulanannnya?

Contoh:
Pengiraan bayaran balik pinjaman perumahan (bermula 1 Januari 2003, diandaikan pinjaman dibuat mulai 2003):
Harga rumah RM180,000
Tempoh bayaran balik pinjaman 20 tahun
Jumlah pinjaman bank RM150,000
Baki sebanyak RM30,000 (dari simpanan sendiri atau KWSP)
Faedah pinjaman 6.6% setahun
Pengiran jumlah bayaran balik pokok: RM150,000 x 6.6% x 20 tahun RM198,000
Bayaran pokok (bulanan) RM198,000 = RM825 (12 x 20)
Pengiraan bayaran balik faedah (sehari): RM150,000 x 6.6% x 1/365 = RM27.12
Oleh itu, jumlah bayaran balik pinjaman untuk sebulan (contoh: Januari 2003): RM27.12 x 31 hari = 840.72 + pokok RM825 = RM1,665.82

Bayaran faedah di kira berdasarkan hari dan kaedah yang digunakan ialah baki berkurangan. Ini bermakna, pada peringkat awal pembayaran pinjaman, anda perlu membayar jumlah yang banyak berbanding tahun-tahun terakhir.
Bayaran mulai bulan Januari 2004 hingga Disembar 2004 akan berkurangan. Bayaran pokok masih sebanyak RM825 sebulan. Bayaran faedah = RM150,000 � (RM825 x 12) x 6.6% x 1/365 = (RM150,000 - 9,900) x 6.6% x 1/365 = RM25.33 sehari

Jumlah bayaran balik pinjaman untuk sebulan (Januari 2004) = (RM25.33 x 31 hari) + pokok RM825 = RM785.23 + RM825 = RM1,610.23

·Berbincang bersama pasangan (suami atau isteri), cara terbaik membayar ansuran rumah. Tidak salah jika menetapkan gaji siapa yang akan digunakan untuk membayar ansuran rumah. Dicadangkan gaji suami, supaya gaji isteri boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan lain seperti kereta dan perbelanjaan harian.

Contoh:
Suami
Gaji: RM3,000 (kasar) sebulan
KWSP (9%): RM270 sebulan
Ansuran pinjaman perumahan RM750 sebulan
(25% daripada gaji bulanan)
Gaji bersih bulanan = RM(3,000-270-750) = RM1,980

Isteri
Gaji: RM2,500 (kasar) sebulan
KWSP 9%: RM225 sebulan
Ansuran pinjaman kereta RM400 sebulan
Gaji bersih bulanan = RM(2,500-225-400) = RM1,875

Kesimpulan: Keluarga ini masih ada baki sebanyak RM3,855 sebulan (RM1,980 + RM1,875) untuk dibelanjakan. Belanja-belanja lain yang perlu dibayar ialah utiliti, petrol, pembakan dan penelenggaraa rumah dan kereta, dan perlanjaan persekolahan anak-anak.

Perlu diingatkan bahawa kemudahan pinaman diberi kepada anda berdasarkan kemampuan anda untuk membayarnya setiap bulan. Buat pengiraan terlebih dahulu sebelum meminjam.

·Bincangkan keuntungan membeli rumah sendiri. Walaupun anda harus membayar lebih berbanding dengan menyewa, keuntungan yang akan diperolehi biasanya lebih tinggi berbanding sewa. Selain itu, anda juga boleh menyewakan kediaman itu jika perlu. Contoh: Apabila anda sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat lain atau majikan anda telah menyediakan tempat tinggal secara percuma atau dengan bayaran minimum.

Contoh:
Rumah disewakan pada kadar bulanan sebanyak RM1,400
Bayaran ansuran pinjaman bank RM750
Cukai tanah dan taksiran RM500
Pembaikan dan penyelenggaraan RM1,000
Keuntungan yang diperoleh daripada penyewaan rumah sendiri:
Sewa RM1,400 x 12 bulan = RM16,800
Tolak:Bayaran ansuran pinjaman bank RM 9,000 (RM750x12)
Pembaikan dan penyelenggaraan RM 1,000
Cukai tanah dan taksiran RM 500
Lebihan RM 6,300

Anda memperoleh pendapatan sampingan sebanyak RM525 (RM6,300/12) sebulan.
·Berbincang berkenaan dengan biaya tambahan yang harus dikeluarkan juga apabila ingin memiliki rumah. (contoh: wang KWSP, jualan saham, pinjaman dari keluarga atau ibu bapa yang mampu)

·Berbincang juga jika anda memerlukan kerja untuk mengubah suai dan membaiki sekiranya rumah tersebut mengalami masalah. Terutama sekali jika anda bercadang untuk menyewakannya.
·Jika kewangan anda terhad, jangan terburu-buru untuk mengubahsuai. Kekalkan rumah mengikut rekaan asal. Apa yang penting, anda perlu menjaganya supaya sentiasa dalam keadaan baik dan bersih.

·Kos-kos lain seperti belanja gumana, duti setem, dan premium insurans perlu diambilkira
Jadual pertama Solicitors Remuneration Order 1991 telah menetapkan bayaran kepada peguam dalam urusan jual-beli rumah seperti berikut:

§1 peratus ke atas RM100,000 yag pertama
§0.5 peratus ke atas RM4,900,000 yang berikutnya
§0.25 peratus ke atas baki

Pihak peguam hanya boleh mengutip bayaran yuran guaman (fee) sama ada daripada pembeli atau penjual, bukan daripada kedua-duanya.

Duti setem pula dikenakan ke atas dokumen pindah milik berdasarkan harga beli, seperti berikut:
§1 peratus ke atas RM100,000 yang pertama
§2 peratus ke atas RM400,000 yang berikutnya
§3 petatus ke atas RM1,500,000 yang berikutnya
§4 peratus ke atas baki

Berapakah jumlah yang mampu anda bayar?
Sebagai panduan, lazimnya bayaran pinjaman hendaklah dalam lingkungan 25 peratus hingga 33 peratus daripada pendapatan bulanan anda. Ini juga bergantung kepada hutang-hutang lain yang anda tanggung (seperti ansuran pinjaman kenderaan).

Apakah had yang dikenakan bagi sesuatu pinjaman?
Contoh: Terdapat bank-bank komersil yang menghadkan umur peminjam antara 18 hingga 60 tahun.
Jika umur melebhi 50 tahun, biasanya bank akan hanya membenarkan 50 peratus daripada harga rumah.
Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman perumahan ialah 35 tahun. Jika tempoh bayaran balik singkat, jumlah bayaran balik adalah tinggi tetapi faedah yang dikenakan tidak terlalu tinggi.
Panduan Bukan Kewangan

Berikut pula adalah panduan yang lebih terperinci untuk diambilkira sebelum anda membuat keputusan membeli rumah kediaman. Sebagai pembeli, anda perlu mengetahui aspek yang penting dalam proses untuk memiliki rumah supaya tidak terpedaya dengan taktik-taktik pemaju perumahan yang menawarkan pelbagai umpan untuk memastikan supaya rumah mereka terjual.

Beberapa aspek penting ada dikemukakan oleh Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang perlu diambilkira oleh seseorang pembeli. Diantaranya ialah:
·Pemaju perumahan perlu mempunyai lesen yang sah dan masih berkuatkuasa.
·Pemaju perumahan mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa.
·Kenalpasti jenis rumah yang diiklankan.

·Surat perjanjian jualbeli untuk tanah dan bangunan (Landed Property) ialah 24 bulan, seperti rumah berkembar, rumah teres dan rumah banglo. Surat perjanjian jualbeli untuk bangunan yang dipecahbahagikan (subdivided building) ialah 36 bulan. Bangunan ini termasuk rumah pangsa, apartment, kondominium dan rumah bandar (town house).

Pembeli dinasihatkan supaya mendapatkan risalah secara percuma dari pemaju perumahan untuk mengetahui semua maklumat penting mengenai projek tersebut seperti lesen, permit, kawasan, pejabat pemaju dan sebagainya.
Selain fakta di atas, bakal pembeli perlu mengambilkira hak milik tanah iaitu:

1) Hak milik perseorangan
2) Hak milik perkongsian
3) Hak milik syarikat
4) Hak milik strata

Status tanah juga perlu diketahui ialah:
·Rizab Melayu (Malay Reserve)
·Hak milik kekal (Freehold)
·Pajakan 99 tahun (99 years lease)

Apabila anda mendapat maklumat berhubung pembukaan kaunter jualan rumah yang diiklankan, anda perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada pemaju perumahan dengan mengambilkira langkah berikut:

·Brosur projek perumahan secara percuma.
·Luas bangunan (rumah).
·Kedudukan rumah yang akan dibina.
·Tarikh rumah dijangka siap.
·Keadaan permukaan tapak di mana bangunan yang akan didirikan (seperti permukaan tapak yang berbukit, tanah bekas lombong, tanah paya)
·Contoh surat perjanjian jual beli.
·Teliti spesifikasi bahan pembinaan (tidak terlalu ramai pembeli yang prihatin tentang perkara ini)
·Rujukan nombor kelulusan pelan bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Anda perlu mengetahui hak dan kepentingan sebagai pembeli yang terdapat dalam surat perjanjian jual dan beli rumah. Maklumat tersebut haruslah yang mudah difahami.

Perkara-perkara berikut perlu diambil kira dalam proses membeli rumah:
·Isi perjanjian jualbeli rumah dirujuk menerusi Jadual G dan H di dalam Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.

·Pembeli perlu menandatangani Surat Perjanjian Jualbeli pada masa pembayaran pertama iaitu 10% harga rumah dibayar kepada pemaju.Anda harus memastikan bahawa tarikh pembayaran pertama dan Surat Perjanjian Jualbeli adalah tarikh yang sama.

·Pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran pun tanpa Surat Perjanjian Jualbeli.

·Anda pastikan tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh arkitek atau jurutera yang bertauliah.

·Jika anda (pembeli) atau pembiayaan (end financier : contoh bank) anda gagal membayar ansuran dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, anda sebagai pembeli boleh dikenakan faedah oleh pemaju. Ianya dikira dari hari atas kadar 10 peratus setahun ke atas ansuran tidak berbayar.

·Anda sebagai pembeli perlu diingatkan bahawa kegagalan anda untuk membayar ansuran dan faedah dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, ia membolehkan pemaju menamatkan perjanjian jualbeli.

·Pembeli diingatkan supaya membayar bayaran untuk perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan longkang, potongan rumput di rizab jalan hanya akan dibuat mulai tarikh pemilikan kosong untuk tanah dan bangunan.

·Pembeli bertanggungjawab membayar cukai tanah, cukai taksiran serta caj lain ke atas harta yang dibeli mulai tarikh Perjanjian Jualbeli.

·Semasa penyerahan pemilikan kosong rumah dilakukan, pemaju mesti memohon Perakuan Menduduki Bangunan (CF) daripada pihak berkuasa tempatan.

·Pembeli hanya boleh menduduki rumah tersebut apabila Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CF) dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

·Jika anda ingin mengubahsuai rumah anda, ianya boleh dilakukan selepas mendapat CF dan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa.

·Jika pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan, pemaju hendaklah membayar gantirugi kepada pembeli. Gantirugi dikira dari hari ke hari dengan kadar 10 peratus setahun daripada harga beli rumah.

·Pembeli boleh menuntut bayaran gantirugi daripada pemaju berkenaan sebelum tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh penyerahan pemilikan kosong (serah kunci) yang disebut dalam Perjanjian Jualbeli.

Kesimpulan: Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah, cuba buat sedikit perbandingan mengenai semua segi. Terutamanya harga rumah tersebut. Pemaju yang berlainan akan menawarkan harga yang berlainan. Mahal atau murah bergantung kepada lain-lain kemudahan yang disediakan. Dinasihatkan jangan sekali-kali anda terburu-buru dalam membuat keputusan.

Pembelian rumah merupakan pelaburan besar dan lama. Proses yang terlibat dalam pembelian adalah rumit jika hendak dibandingkan dengan proses membeli sebuah kereta.

Rabu, 27 Julai 2011

Permainan dulu-dulu...

Mungkin bagi yang membesar di area 80an, biasa dengan permainan ini. Bermusim, sepanjang tahun.. Kreativiti terserlah menggunapakai sumber alam disekeliling...Sesekali mengimbau kenangan dulu, pasti terusik memori...




Sabtu, 23 April 2011

KELEBIHAN EMAS BERBANDING WANG FIAT

Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas iaitu dikenali dengan sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai medium pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit. Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas. Statistik daripada bank Penyelesaian Antarabangsa (bank of International Settlement) menunjukkan hampir 80% daripada perdagangan antarabangsa menggunakan US Dollar sebagai medium pertukaran (1998). Pergantungan kepada USD memberikan sistem kapitalis lebih kelebihan di dalam semua situasi ekonomi. Jika sistem dinar Islam berjaya dilaksanakan, penguasaan Bank Dunia dan IMF akan turut terjejas. Sudah pasti dunia Barat akan menentang hasrat Malaysia dengan seluruh kekuasaan yang mereka miliki. Walaupun demikian Malaysia mempunyai sebab tersendiri untuk melaksanakan sistem dinar Islam kerana ia memelihara keadaan ekonomi Muslim dan aktivitinya.

Hari ini, isu dinar emas kembali dibincangkan apabila dunia pada hari ini berhadapan dengan krisis kemerosotan ekonomi global bermula akhir tahun 2008. Masyarakat dunia hari ini mula mengakui keburukan sistem mata wang yang bersandarkan kepada dolar Amerika Syarikat, di mana masyarakat hari ini masing-masing dapat merasakan tempias kemelesetan ekonomi dunia kesan daripada kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan daripada pakar ekonomi dunia dalam menggunakan kembali sistem piawaian emas dan sistem Bretton Woods yang pernah diamalkan sebelum ini. Ini menunjukkan sistem mata wang yang berasaskan emas lebih stabil dan lebih adil.

KERELEVENANNYA PENGGUNAAN DINAR EMAS


1] MATA WANG BERBENTUK KOMODITI-;
Mata wang emas merupakan satu mata wang yang komoditi yang berfaedah dan dihargai orang ramai kerana ia boleh digunakan untuk tujuan penggunaan atau perhiasan. Ia juga diiktiraf oleh ahli arkeologi sebagai simpanan kekal yang berharga sepanjang zaman. Oleh itu, wang emas dikatakan mampu memenuhi pelbagai keinginan dan keperluan yang begitu meluas dalam kalangan manusia.

2] MEMPUNYAI NILAI BENAR DAN TETAP-;
Mata wang emas atau mata wang token mempunyai nilai benar yang diakui oleh manusia. Kepingan-kepingan emas dan perak sukar dipalsukan kerana beberapa keistimewaan yang wujud pada kedua-dua logam tersebut seperti warna, dengung bunyi dan kekerasannya.Selain itu, ia juga mempunyai nilai intrinsik yang akan kekal nilainya pada setiap masa dan tempat digunakan. Emas juga dikatakan mempunyai kilauan kilat yang istimewa dimana ia tidak boleh dihilangkan walaupun diuji dengan asid yang kuat.
3] BEBAS DARIPADA INFLASI-;
Mata wang Islam (wang emas) merupakan barang dagangan yang tidak boleh di"gelembung"kan. Harga emas juga boleh turun dan naik seperti barang dagangan yang lain. Walau bagaimanapun, turun naik nilainya tidaklah terlalu terlampau ketara dan biasanya kurang daripada lain-lain barang dagangan.Wang sebenar iaitu wang yang tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan inflasi.Inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan disebuah Negara dalam tempoh tertentu. Mata wang kertas merupakan wang palsu,kerana ia idak mampu menahan inflasi.berdasarkan sejarah,adalah mustahil matawang kertas mampu menyelesaikan masalah inflasi dalam tempoh yang singkat.

4] MENCEGAH SPEKULASI-;

Mata wang Islam (wang emas) dapat mencegah daripada berlakunya spekulasi kerana berdasarkan kemantapan dan keteguhan harga berbanding dengan mata wang atau logam lain. Emas berbeza dengan mata wang lain kerana ia tidak boleh dihasilkan dengan sesuka hati yang boleh menyebabkan berlaku lebihan wang ataupun inflasi.Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia. Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam, hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa. Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

5] WUJUD KEBEBASAN PERTUKARAN EMAS-;
Apabila Negara-negara di dunia menggunakan mata wang emas ,ini akan mengakibatkan kebebasan pertukaran emas,samada mengimport atau mengeksportnya.Keadaan ini membolehkan aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negara yang mana boleh mempengaruhi harga barang dan gaji pekerja.Oleh itu,tidak wujud lagi turun naik harga yang keterlaluan,sekaligus akan menghapuskan inflasi.Negara-negara akan berdagang bebas dan mampu mengembangkan perdagangan dengan baik tanpa ada unsure gharar,spekulasi dan manipulasi matawang.Negara yang tidak mempunyai simpanan emas yang banyak boleh membuat pertukaran (barter) hasil kekayaan negara masing- masing untuk mendapatkan barangan yang diperlukan.

6] PERTUKARAN MATA WANG ANTARA NEGARA AKAN STABIL-;
Pertukaran matawang antara Negara menjadi stabil kerana tetapnya nilai emas.Ini menyebabkan meningkatnya perdagangan antarabangsa.Saudagar antarabangsa tidak takut bersaing kerana kegiatan matawang adalah tetap dan mereka tidak bimbang dalam mengembangkan perdagangan15. Ini kerana nilai emas yang tetap. Sejarah piawaian emas telah membuktikan kestabilan pertukaran antara negara telah wujud lebih satu kurun iaitu sebelum Perang Dunia Pertama.Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dollar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya. Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan. Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya. Semasa Perang Vietnam 1969-1975,Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

7] PERCETAKAN WANG KERTAS AKAN TERHAD-;

Dalam sistem mata wang yang bersandarkan kepada emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mungkin memperluaskan peredaran wang kertas kerana secara umumnya wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu.Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. Oleh yang demikian,menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.

8] PIAWAIAN MATA WANG DUNIA HANYA BERSANDARKAN NILAI EMAS-;
Apabila setiap mata wang yang digunakan di dunia dibatasi dengan piawaian tertentu berupa emas, maka ketika itu pengiriman barang dan hasil kekayaan dari sebuah negara ke negara lain menjadi lebih mudah.Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan.Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.Semua bentuk aset kertas contohnya bon,saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.


9] MENYUMBANG KEPADA PERPADUAN DAN KESATUAN UMAT ISLAM-;

Mata wang emas akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia kerana nilainya yang sama. Satu dinar di Kuala Lumpur akan sama dengan satu dinar di Istanbul. Tidak akan ada lagi berdozen- dozen matawang kertas yang menyekat perdagangan.Penggunaan matawang dwilogam ialah penggunaan matawang yang sihat.Emas dan perak menawarkan kestabilan,ketertiban,kebebasan dan kemerdekaan daripada manipulasi politik dan ekonomi.Matawang emas akan menyatupadukan dunia. Perdagangaan menggunakan matawang emas telah menggalakan pembahagian buruh diseluruh dunia dan balasannya ialah suasana kerajaan hidup akan bertambah baik. Matawang emas adalah alat untuk menyatupadukan umat islam didunia dan ia merupakan permulaan kepada perdagangan mengikut lunas-lunas dan syariat Islam.

10] BEBAS DARIPADA UNSUR RIBA-;
Dinar dan Dirham merupakan dua mata wang yang yang digunakan pada zaman Rasulullah SAW. Penggunaan emas dan perak amat penting dan Rasulullah SAW meninginkan setiap barang dinilai dengan wang sama ada emas ataupun perak. Kedua-dua logam ini menjadi piawaian harga dan pengukur nilai serta dapat mengelakan kedua-dua barangan tersebut menjadi barangan dagangan (komoditi). Islam telah menegaskan bahawa wang tidak boleh dijadikan komoditi yang boleh diniagakan kerana ia boleh menjadikannya riba al-fadl. Mata wang tidak boleh dijadikan komoditi iaitu tiada konsep membuat untung dalam amalan pertukaran mata wang.Mata wang emas dan perak bebas daripada riba kerana ia termasuk dalam barangan "ribawiyyah" dan riba hanya boleh berlaku dalam urusan jual beli (bagi emas dan perak) dan pinjaman (bagi semua jenis barangan).
11] TIADA UNSUR "GHARAR",SPEKULASI,PERJUDIAN DAN MANIPULASI MATA WANG-;
Dalam sistem mata wang Islam, unsur-unsur gharar,spekulasi, perjudian, dan manipulasi mata wang tidak akan wujud sama sekali kerana nilai yang bersandarkan kepada emas adalah tetap. Penetapan nilai emas akan memelihara kadar pertukaran yang tidak akan turun naik melebihi 1% dan sekaligus akan menutup ruang kepada pihak lain untuk menguasai ekonomi dunia.
12] BERFUNGSI SEBAGAI ALAT PERANTARAAN PERTUKARAN-;
Islam telah menegaskan bahawa wang tidak boleh dijadikan komoditi yang boleh diniagakan kerana ia akan menjadikannya sebagai riba` al- fadl. Penerimaan umum tentang peranan wang ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan berlakunya ketidakadilan dan penindasan dalam ekonomi tukar barang.Oleh kerana ketidakadilan ekonomi tukar barang boleh digolongkan sebagai riba` al- fadl, Peranan wang sebagai alat pertukaran adalah wajar. Jadi dalam Islam wang tidak menghasilkan apa-apa kerana kadar bunga atas pinjaman wang tersebut adalah dilarang.

Selasa, 8 Mac 2011

Antara Sebab Orang Suka Kerja Kerajaan


Kenapa ye ramai orang suka sangat kerja dengan goverment ini?

Walaupun gaji takde la banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Adakah anda mahu tahu sebabnya? Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan - kelebihan ini:


1.Elaun perumahan
2.Cost of living allowance (COLA)
3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4. Kenaikan gaji setiap tahun
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
7. Cuti bersalin
8. Pinjaman perumahan
9. Caruman KWSP atau pencen
10. Bersara pada umur 58 tahun
11. Peluang kenaikan pangkat
12. Peluang melanjutkan pelajaran
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
15. Senang buat LOAN.....!!!!
Kepada yang kerja gomen, status tetap, dan inginkan pinjaman peribadi yang terbaik, boleh hubungi saya...Tolong setakat yang boleh...:D


 

Selasa, 22 Februari 2011

Jawatan kosong Bulan Februari kembali lagi

a) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN:
- JURU AUDIT
- PEGAWAI LATIHAN (GURU BAHASA INGGERIS)
- PENOLONG JURUTERA
- PENGAWAL KESELAMATAN

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/muat-turun/category/3-.html?download=194%3A2011

BORANG PERMOHONAN
http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/muat-turun/category/3-.html?download=193%3A

LAMAN WEB
http://www.maiwp.gov.my

Tarikh Tutup : 4 Mac 2011

_____________________________________________________________________________

b) Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Sarawak


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- PENOLONG JURUTERA GRED J29
- PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17
- PEMBANTU PERTANIAN GRED G17
- TUKANG K3 GRED R9 (TUKANG KAYU)

IKLAN JAWATAN KOSONG & BORANG PERMOHONAN
http://www.bda.gov.my

Tarikh Tutup : 4 Mac 2011

__________________________________________________________________________

c) Jabatan Perangkaan Malaysia

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Perangkawan Gred E41 (7 Kekosongan)
2. Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27 (19 Kekosongan)
3. Pembantu Perangkaan Gred E17 (270 Kekosongan)

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://www.jobsmalaysia.gov.my/

Tarikh Tutup : 1 Mac 2011

_____________________________________________________________________________

d) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.finas.gov.my/?mod=news&id=270

BORANG PERMOHONAN
http://www.finas.gov.my/files/Borang_Jawatan_Kosong.pdf

Tarikh Tutup : 7 Mac 2011

___________________________________________________________________________

e) Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

JAWATAN:
- Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid dan Surau Daerah

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.muip.gov.my/images/Borang/JawatanKosongPPMDS.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.muip.gov.my/images/Borang/Borang%20Permohonan.pdf

LAMAN WEB
http://www.muip.gov.my

Tarikh Tutup : 10 Mac 2011

________________________________________________________________________

f) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK)

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan seperti berikut:

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Sistem Maklumat GRED F29
2. Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) Gred N17
3. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17
4. Juruteknik Komputer Gred FT 17
5. Guru Al-Quran Gred S17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.maiamp.gov.my/maiamp/maipk/index.php/separator/muat-turun/doc_view/60-iklan-jawatan-kosong-feb-2011?tmpl=component&format=raw

BORANG PERMOHONAN
http://www.maiamp.gov.my/maiamp/maipk/index.php/separator/muat-turun/doc_view/57-borang-jawatan-kosong-?tmpl=component&format=raw

LAMAN WEB
http://www.maiamp.gov.my

Tarikh Tutup : 4 Mac 2011




Selasa, 15 Februari 2011

Jawatan Kosong Bulan Februari 2011

1.Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan
sahaja bagi memenuhi jawatan berikut :

JAWATAN:
- Pemandu Gred R3

IKLAN JAWATAN KOSONG & BORANG PERMOHONAN
http://www.trglib.gov.my/v1/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=25&Itemid=378

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,
Jalan Kemajuan, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu.

LAMAN WEB
http://www.trglib.gov.my

Tarikh Tutup : 17 Februari 2011
________________________________________________________________

2. Kerajaan Negeri Terengganu

Terbuka kepada Rakyat Negeri Terengganu sahaja.

JAWATAN:
- PENGHANTAR NOTIS GRED N3

IKLAN JAWATAN KOSONG & CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://spn.terengganu.gov.my/

Tarikh Tutup : 28 Februari 2011

______________________________________________________________

3.Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN:
1. Penolong Jurutera J29
2. Juruteknik J17
3. Pembantu Akauntan W17
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17
5. Pekerja Awam R1

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://pdc.gov.my/images/pdc_pictures/jawatan/jawatankosong1.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://pdc.gov.my/images/pdc_pictures/jawatan/jawatankosong.pdf

Tarikh Tutup : 22 Februari 2011
____________________________________________________________


4.Pusat Zakat Kedah

Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah, yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Pusat Haemodialisis Zakat Kedah:

JAWATAN:
1. Pegawai Kewangan
2. Jururawat Dialisis
3. Pembantu Dialisis

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.zakatkedah.com/index.php/jawatan-kosong

CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah dibuat dengan secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman, dan disertakan dokumen/sijil-sijil berkaitan (hendaklah disahkan salinan sebenar) serta sekeping gambar warna berukuran passport kepada:-

DATO' SETIAUSAHA,
JABATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
ARAS 5, MENARA ZAKAT,JALAN TELOK WANJAH,
05200 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

U/P: BAHAGIAN AGIHAN DAN PEMBANGUNAN ASNAF

Sila tulis nama jawatan yang dipohon sebelah atas kiri sampul surat dan hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

Tarikh Tutup : 25 Februari 2011

____________________________________________________________________________

5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERUBATAN UD43
2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
4. JURURAWAT U29
5. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
7. PENOLONG KURATOR S27
8. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
9. PEMBANTU PERTANIAN G17
10. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
11. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17

IKLAN JAWATAN KOSONG & BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://ewarga2.ukm.my/eiklan/peluangkerja.cfm

Tarikh Tutup : 21 Februari 2011

________________________________________________________________

6. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPP)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- PEMBANTU PENGUATKUASA N17 (52 Kekosongan)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.sisa.my/cmssite/ppsppa/ejawatan/share/list.php

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://www.sisa.my/cmssite/ppsppa/ejawatan/index.php

Tarikh Tutup : 19 Februari 2011

__________________________________________________________________

7. Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
2. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.miros.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=74e08fc9-225c-4211-8f26-632b0ee4c3ba&groupId=10124

BORANG PERMOHONAN
http://www.miros.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ad36e1bc-e6fb-4974-97b4-05ca9d2683ac&groupId=10124

Tarikh Tutup : 18 Februari 2011

______________________________________________________________________

8. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Selangor)

JAWATAN:
1.PEGAWAI TADBIR (N41)
2.PEMANDU (R3)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mpkj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=39dffeed-c143-4d20-ae93-f50d4bea6046&groupId=29250

BORANG PERMOHONAN
http://www.mpkj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=50208cbc-dd80-4cf9-824b-43e5a86cb775&groupId=29250

Tarikh Tutup : 16 Februari 2011

____________________________________________________________________

9. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Selangor

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang (MBSA 1) yang boleh dibeli di Kaunter Bayaran Tingkat G dengan harga RM3.00 tunai/naskhah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada alamat:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam,
Selangor.

LAMAN WEB :
http://www.mbsa.gov.my

Tarikh Tutup : 28 Februari 2011

________________________________________________________________________

10. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor.

JAWATAN:
- Pembantu Akauntan W17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mdhs.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=57e5fd1a-1b9a-4876-9493-b5eab5258839&groupId=17253

BORANG PERMOHONAN
http://www.mdhs.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=8d368bb5-3ccc-4947-852e-826ccba2e0ec&groupId=17253

LAMAN WEB
http://www.mdhs.gov.my

Tarikh Tutup : 28 Februari 2011

_______________________________________________________________________

11. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Jurutera Mekanikal Gred J41
2. Akauntan Gred W41
3. Pegawai Undang-Undang Gred L41

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.llmnet.gov.my/images/images_fix/IKLAN%20JAWATAN%20122011.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://ejawatan.llmnet.gov.my/index.html

Tarikh Tutup : 21 Februari 2011

______________________________________________________________________

12. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERGIGIAN U47/48
2. PEGAWAI PERGIGIAN U43/44
3. PEGAWAI PSIKOLOGI S48
4. KURATOR S48
5. PENOLONG JURUAUDIT W27
6. PELUKIS PELAN J17
7. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
8. PEMANDU KENDERAAN R3

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://bsm.upsi.edu.my/download/jawatan%20kosong/nonaka/syarat%20lantikan%20januari%202011_reanimate.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://myjobs.upsi.edu.my/job/recruitment.jsp

Tarikh Tutup : 18 Februari 2011

_____________________________________________________________________________

13. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERHUBUNGAN INDUSTRI
2. PEGAWAI PERUBATAN
3. PENOLONG PENDAFTAR
4. PEGAWAI PENYELIDIK
5. PENOLONG PEGAWAI SAINS
6. PENOLONG PEGAWAI FARMASI

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://onlineapps.ump.edu.my/umpapps/cms/eRecruitment/attachment/Iklan_jawatan_kosong_P&P_Skgn_UMP_Siri_2-2011_doc.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://onlineapps.ump.edu.my/umpapps/eRecruitment.jsp#

Tarikh Tutup : 28 Februari 2011


Isnin, 3 Januari 2011

Jawatan Kosong di UPM

UPM memulakan sinar tahun baharu 2011 dengan menawarkan pelbagai kekosongan jawatan. Bertaraf TETAP lagi... jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian warga UPM.... Permohonan adalah secara online melalui laman web http://www.pendaftar.upm.edu.my/. Maklumat lanjut jawatan boleh didapati melalui http://www.pendaftar.upm.edu.my/spj2010/iklan_jan_2011.pdf?PHPSESSID=3a523d5e1dc0dd7febe4075ffc2ce4f4

Senarai Jawatan Yang Ditawarkan
  
1ATENDAN KESIHATAN GRED U3
2JURURAWAT GRED U41
3JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19
4JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29
5OPERATOR LOJI GRED R3
6PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
7PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q47
8PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
9PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q43
10PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43
11PEGAWAI SAINS GRED C41
12PEGAWAI TADBIR GRED N41
13PEKERJA AWAM GRED R1
14PEMANDU KENDERAAN GRED R3
15PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
16PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S17
17PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
18PEMBANTU PERTANIAN GRED G17
19PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
20PEMBANTU VETERINAR GRED G17
21PEMBANTU WARTAWAN/WARTAWAN GRED S17
22PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
23PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
24PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
25PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C27
26PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G27
27PEREKA2 GRED B17
28TUKANG K2 GRED R11

Tarikh tutup: 21 Januari 2011. Selamat mencuba...!!